SEJARAH SEKOLAH

      


 

     Sekolah ini mula ditubuhkan pada 1 Mei 1963 sebagai penyatuan dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Siding dan Sekolah Kebangsaan Guring. Dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim, Menteri Besar Perlis. Jaraknya 16 kilometer dari bandar Kangar dan berkeluasan 6 ekar. Pada permulaan bilangan pelajar seramai 245 orang dan 13 orang guru. Pada tahun 1987 pelajar telah bertambah bilangannya seramai 609 orang dan bilangan guru seramai 28 orang.

Kini pada tahun 2020, jumlah murid sekolah ini telah mencecah seramai 768 orang dan seiring dengan pertambahan murid, guru yang mengajar juga bertambah kepada 67 orang guru siswazah.

Sekolah ini bermula dengan 2 bangunan kelas. Bangunan yang sekarang ini merupakan dewan makan asrama dan bangunan yang menempatkan murid-murid tahun 6 ,2019. Pada 3 tahun kemudian sekolah ini di naik taraf dan memiliki 2 bangunan dua tingkat sebagai tambahan untuk pejabat dan kelas.